|
비가 오는 날엔 Life isn’t about waiting for the storm to pass, it’s about learning to dance in the rain.
leave some drops.
| #1 - I Like You
Park Kyung
teringat kali pertama dia berjumpa dengannya . “Auchhhhh !” Perempuan itu
mengeluh kesakitan . Park Kyung dengan tidak sengaja telah melanggarnya . Park
Kyung membantunya mengangkat barang yang telah terjatuh itu . Perempuan itu
meninggalkan tempat tersebut dengan terburu-buru dan menghadiahkan Park Kyung dengan
senyuman sebagai tanda terima kasih . Pada pertemuan mereka yang pertama , Park
Kyung terasa sesuatu yang berbeza terhadap dirinya . Jantungnya berdegup dengan
laju ketika melihat perempuan tersebut . “Peliknyaa~” Berkata Park Kyung dalam
hati . Lamunan Park Kyung terhenti apabila pintu biliknya diketuk . Dia bangun
daripada katilnya lalu membuka pintunya . “Hyung , buat apa ?” Tanya Zelo
kepada abangnya . Park Kyung menggelengkan kepalanya dan menjawab “Tak buat
pape . Ade ape?” Zelo ingin memberitahunya bahawa dia mahu keluar . Park Kyung
menganggukkan kepalanya dan berpesan supaya tidak pulang terlalu lewat . Petang yang sangat
bosan , Park Kyung mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar
Han River . Langkah Park Kyung terhenti secara tiba-tiba . “Eahh ! Itukan
perempuan haritu” Berkatanya dalam hati .
Dia kemudiannya mengekori perempuan
tersebut sehingga tiba di sebuah restoran lalu memasuki restoran tersebut .
“Eahh , dia kerja kat sini ke ?” Soal Park Kyung dalam hati . Park Kyung
kemudiannya duduk di sebuah meja kosong di dalam restoran tersebut . Perempuan
tersebut datang ke meja Park Kyung untuk mengambil pesanan . “Ehh , awakkan
yang haritu …” Park Kyung memotong kata-katanya ,“ A’ah , saya mintak maaf
sebab langgar awak . ” Perempuan tersebut tersenyum lalu menjawab .“ Ohh ,
takpee . Ermm haritu pun awak tolong saya angkat barang tu kan . Awak order jea
apa-2 kat sini , saya belanja . Sebagai ucapan terima kasih . Tak payah risau ,
restoran nie keluarga saya punya ” Balas perempuan tersebut . Park Kyung
tertawa melihat kepetahan perempuan tersebut bercakap . “ Ermm , takpalahh .
Awak tak payahlah belanja , saya boleh bayar sendiri . Sebagai ganti , awak
kene teman saya keluar weekend nie.” Kata Park Kyung tanpa ragu-ragu .
Perempuan tersebut diam seketika . “Ermm , weekend ? Ermm okay . Hujung minggu
nie .” Park Kyung tersenyum gembira apabila ajakannya diterima . “Nama saya
Park Kyung , and you ?” Tanya Park Kyung . “Nama saya Jiyeon , Park Jiyeon .”
Balas Jiyeon sambil tersenyum . Jiyeon meninggalkan tempat tersebut untuk
menyambung kerjanya . Setelah selesai makan , Park Kyung keluar dari restoran
tersebut terus pulang ke rumah.
Hujung minggu yang
dinantikan telah tiba . Kyung menyiapkan dirinya . Jantungnya berdegup kencang
seperti tidak sabar ingin bertemu Jiyeon . Park Kyung keluar daripada biliknya
. Secara kebetulan , adiknya juga baru keluar dari biliknya . “Ohhh hyung !
Odika ?” tanya Zelo . Zelo melihat abangnya berpakaian kemas dan segak “Ahhhh !
Hyung .. nak dating eah ?” soal Zelo . Park Kyung menjawab “Zelo yaa~ Hyung
baru jea kenal ngan dia . And .. ini first time hyung keluar dengan dia . So
doakan hyung eah ? Kot2 nanti dia tersangkut dengan hyung yang kacak bergaya
nie .” Balas Park Kyung sambil tertawa . “Hyung keluar dulu eah .” Park Kyung
pun hilang dari pandangan Zelo . Park Kyung menunggu Jiyeon di hadapan restoran
milik keluarga Jiyeon . Tidak lama kemudian , Jiyeon muncul di hadapan Park
Kyung “Jajangggg ! Yeon wasseo . Park Kyung sshi , sorry lewat sikit . Tadi
tolong omma Yeon kat dapur .Jinjja mianheayo~ ” berkali-kali Jiyeon memohon
maaf akibat lewat . “Takpe . Saya tak kesah . Saya faham , ermm , awak panggil
saya oppa boleh ?” Mohon Park Kyung . “Jhaaaa . Kyungie oppa , kite nak pergi
mana sekarang ?” Kata Jiyeon dengan comel sekali . Park Kyung dan Jiyeon
menikmati hari itu dengan gembira .
1 tahun telah
berlalu . Hubungan antara Jiyeon dan Park Kyung semakin rapat . Park Kyung
terasa amat bahagia apabila dia berada di sisi Jiyeon . Jiyeon yang comel dan
peramah membuatkan hati Park Kyung terasa tenang . Telefon bimbit Park Kyung
berbunyi . Terukir senyuman diwajahnya kerana yang menghubunginya itu adalah
Jiyeon . Park Kyung menjawab panggilannya “Kyunggie oppaa~ buat apa ? Tak tidur
lagi ke ?” Soal Jiyeon . “ Tak buat apa-apa punn . Kejap lagi oppa nak tidur .
Yeon tengah buat apa ?” Soal Park Kyung kembali . “Yeon tengah bercakap ngan
oppa lah . Hehehe . Kalau macam tu , Yeon nak tidur dulu eahh . Good night~”
Jawab Jiyeon lalu menamatkan perbualan . Park Kyung tertawa kecil . “Bilalah
aku nak bagitahu dia yang aku suka kat dia .” Soal Park Kyung kepada dirinya
sendiri . Park Kyung baring dan menyelimut dirinya sendiri . Perlahan-lahan dia
menutupkan matanya . Kini dirinya dibuai mimpi yang indah .
Pagi yang cerah .
Hati Park Kyung terasa gembira kerana pada hari itu merupakan hari jadi Jiyeon
. Park Kyung telah merancang untuk membuat surprise party untuk Jiyeon . Dia
juga berhajat pada hari itu dia ingin meluahkan perasaannya kepada Jiyeon .
Seperti yang telah dirancang , dia telah menyiapkan segala persiapan untuk
menyambut hari jadi Jiyeon . Segala persiapan telah dilakukan oleh Park Kyung
dengan usahanya sendiri . Setelah semuanya selesai , dia menghubungi Jiyeon
menyuruhnya untuk datang ke tempat biasa mereka bertemu . Setibanya Jiyeon tiba
di tempat tersebut , dia berasa amat terkejut . Di situ terlihat ,
gambar-gambar Park Kyung bersama Jiyeon tergantung di pokok . Kemudian , pondok
berhampiran pokok tersebut dihiasi dengan belon warna pink dan ribbon warna
putih . Park Kyung keluar di sebalik pokok membawa kek hari jadi sambil
menyanyikan lagu hari jadi untuk Jiyeon . Jiyeon begitu gembira sehingga
menitiskan air mata . Dia memeluk Park Kyung lalu berkata “Gumawo oppa~” Tak
lama kemudian Jiyeon melepaskan pelukkannya . Park Kyung meletakkan kek hari
jadi di tepi dan mengesat air mata Jiyeon . Park Kyung mengucapkan Selamat Hari
Jadi kepada Jiyeon . Jiyeon meniup lilin dan membuat permintaan . Setelah
selesai , mereka duduk di pondok dan menghabiskan kek bersama . “Jiyeon ah~
Oppa ade something nak cakap ngan Yeon” Park Kyung memulakan bicara . “Ahhh ,
Yeon cakap dulu boleh ? Penting sangat .” Seribu satu soalan bermain di fikiran
Park Kyung apabila melihat Jiyeon seperti terlalu serious . “Yeon nak pergi US
. Nak sambung belajar . Tapi Yeon pergi tak lama . 2 tahun jea .” Reaksi Park
Kyung berubah . Sedih menyelubungi hati Park Kyung apabila diberitahu perkara
tersebut . Dia cuba tabahkan dirinya . Dia menarik nafas dalam lalu
melepaskannya . “Yeon nak bertolak bila ?” Soal Park Kyung dengan tenang .
“Minggu depan .” Park Kyung mengukirkan senyuman untuk menenangkan diri . “Oppa
tunggu Yeon boleh ?” Soal Jiyeon . Park Kyung menganggukkan kepalanya sambil
tersenyum . “Ahh , tadi oppa nak cakap apa ?” Soal Jiyeon semula . “ermmm ,
sebenarnyakannn …” Park Kyung mendekatkan dirinya dengan Jiyeon . “Sebenarnyaa
, lepas 2 tahun nanti baru Oppa bagitahu Yeon apa yang oppa nak cakap”
Mendengarkan kenyataan tersebut , Jiyeon mencubit Park Kyung “Boyaaa~ Cakap lah
apebende .” Kata Jiyeon ingin tahu . “Kan oppa cakap , lepas 2 tahun , Jiyeon
balik sini baru oppa cakap . So Jiyeon pun kene tunggu oppa jugak tau!” Jiyeon
seperti putus asa untuk memaksa Park Kyung memberitahu apa yang ingin
dinyatakan .
Sekelip mata sahaja
1 tahun telah berlalu . Park Kyung amat merindui Jiyeon . Park Kyung jarang
menghubungi Jiyeon kerana dia tidak ingin menganggu pelajarn Jiyeon . 2 minggu
sekali Park Kyung menghubungi Jiyeon . Park Kyung menguatkan dirinya untuk
melalui hari-harinya tanpa Jiyeon . Hanya Zelo sahaja tempat dia meluahkan
perasaan . Zelo menjadi penasihatnya kerana Zelo lebih arif tentang perkara
sebegini . Zelo boleh dikatan pelajar paling HOT di sekolahnya . Park Kyung
sendiri tidak percaya dengan adiknya yang sebegitu . “Aku kene bertahan . Sikit
jea lagi . Semuanya akan berakhir ” Park Kyung memberi kata-kata semangat pada
dirinya sendiri . Tanpa disedari 2 tahun telah berlalu . Park Kyung menarik
nafas lega kerana segalanya akan berakhir .
Sehari sebelum
Jiyeon pulang , Park Kyung telah pergi ke tempat yang mereka selalu bertemu .
Pada kali ini dia telah menukar rancangan . Dia ingin terus melamar Jiyeon
untuk menjadi pasangan hidupnya . Pada ketika itu , seorang perempuan berjalan
menghampiri belakang Park Kyung lalu menutup matanya . “Cuba teka sape nie .”
Soal perempuan tersebut . Park Kyung memegang tangan perempuan tersebut lalu menjawab
dengan gugup “P … Park … Ji Yeon? ” Perempuan tersebut mengangkat tangannya . Park
Kyung menoleh kebelakang . Alangkah terkejutnya Park Kyung apabila melihat
Jiyeon dihadapannya ,Park Kyung bangun dari tempat duduknya lalu memeluk Jiyeon
. “Kenapa tak bagitahu nak balik awal?” Soal Park Kyung . “Hehehe , saja nak
buat surprise . Lagipun , Yeon tak sabar nak tahu apa yang oppa nak cakap tu
..” Jawab Jiyeon . Park Kyung melepaskan pelukkannya . Dia kemudiannya
mengeluarkan sebuah kotak kecil daripada poket seluarnya . Perlahan-lahan dia
membuka kotak tersebut . Jiyeon terkejut melihat yang terdapat dalam kotak tu
adalah sebentuk cincin . “Yeon , dah lama Oppa nak cakap pasal nie . Mula-mula
oppa suka kat Jiyeon , tapi oppa takut nak bagitahu Jiyeon . Tapi semakin lama
kita rapat, perasaan suka tu dah berubah jadi cinta . Waktu tu oppa nak
bagitahu Jiyeon time lepas celebrate birthday Jiyeon . Tapi Yeon cakap Yeon nak
sambung belajar . Oppa batalkan hasrat oppa . And sekarang nie , oppa taknak
cakap yang oppa cintakan Jiyeon , tapi oppa Cuma nak tanya , boleh tak kalau
oppa sehidup semati dengan Yeon . Marry me . Please ?” Park Kyung menghulurkan
kotak berisi cincin tersebut . Wajah Jiyeon kelihatan tenang . Jiyeon telah
mengambil kotak tersebut . Senyuman terukir di wajah Park Kyung , namun ,
senyuman itu hanya sementara sahaja . Jiyeon telah memulangkan semula kotak
tersebut kepada Park Kyung . Hati Park Kyung hancur . Air mata jelas
terlihat di kelopak mata . Menunggu masa untuk jatuh . Jiyeon tiba-tiba ketawa
. “Oppa kene tengok muka oppa terkejut .” Di waktu sebeginipun , Jiyeon masih
lagi ingin bergurau . Park Kyung sepertinya telah putus harapan . Sia-sia
sahaja segala yang dirancang . Tiba-tiba , Jiyeon menghulurkan tangannya .
“Hehe , pakaikan cincin tu boleh ?” Perlahan-lahan , Park Kyung mengukirkan
senyuman dan air matanya jatuh . Park Kyung menyarungkan cincin di jari manis
Jiyeon . Park Kyung kemudiannya memberikan kucupan untuk Jiyeon .
TAMAT
thanks for reading :3 |